Talita menangis nyanyi lagu arwah ibu

Talita tidak dapat menahan sebak ketika mendendangkan lagu Allahyarham ibunya.
Talita tidak dapat menahan sebak ketika mendendangkan lagu Allahyarham ibunya.
A
A
A

ANAK kepada pelawak dan usahawan Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra tidak dapat menahan sebak apabila mendendangkan lagu Allahyarham ibunya, Siti Sarah Raisudin.

Video berdurasi lebih dua minit menunjukkan Dzahira Talita Zahra atau Talita menyanyikan lagu Kesetiaan secara solo sebagai persembahan ‘busking’ di Bukit Bintang, Kuala Lumpur anjuran radio Era.fm.

Lebih menyedihkan apabila dia yang lebih mesra disapa sebagai Dekta, tidak dapat menyambung bait-bait lirik berkenaan menyebabkan Shuib tampil dan memberi pelukan kepadanya.

Bukan itu sahaja, bapa kepada arwah Siti Sarah, Raisudin Hamzah turut memberi sokongan sekali gus memujuk cucu perempuannya di depan khalayak ramai.

Meskipun keadaan menjadi emosi, Talita tetap meneruskan persembahan dengan bantuan daripada Ummi Umairah Saiful Anuar iaitu anak saudara Biduanita Negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Di akhir persembahan Talita meminta semua pengunjung yang hadir di sesi busking itu untuk mendoakan arwah ibunya.

Sebelum ini, tular di aplikasi Instagram, Talita sedang menyanyikan lagu Kekasih Bayangan oleh Cakra Khan.

Menerusi perkongsian video berdurasi satu minit 34 saat itu, Talita dilihat sedang menyanyikan lagu tersebut sambil baring dengan bimbingan datuknya, Raisudin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!