Sentuhan berbeza Syafiq Yusof

Syafiq seorang pengarah muda yang telah berjaya membina reputasi cemerlang dalam industri perfileman tanah air.
Syafiq seorang pengarah muda yang telah berjaya membina reputasi cemerlang dalam industri perfileman tanah air.
A
A
A

LARI dari jalan cerita klise yang sering dihidangkan di pawagam, Key Billions Sdn Bhd mempertaruhkan sebuah karya yang mengangkat e-sukan profesional menerusi Soloz: Game of Life.

Filem yang bakal menemui penonton di pawagam bermula 23 Januari depan diinspirasikan daripada kisah benar mengenai perjalanan hidup seorang ikon e-sukan tanah air, Muhammad Faris Zakaria atau lebih dikenali sebagai Soloz.

Soloz bukan sekadar nama yang dikenali dalam arena E-sukan, beliau merupakan simbol keberanian dan ketabahan dalam mengejar impian.

Bermula seorang pemuda biasa dari Seremban, Negeri Sembilan, Soloz telah mengharungi pelbagai cabaran sebelum berjaya mengukir nama sebagai pemain e-sukan profesional dalam dunia Mobile Legends: Bang Bang.

Di bawah arahan Syafiq Yusof, seorang pengarah muda yang telah berjaya membina reputasi cemerlang dalam industri perfileman tanah air, filem ini menjanjikan pengalaman yang segar dan berbeza.

Sementelah Syafiq dikenali dengan kebolehannya menarik hati penonton melalui naratif kuat dan visual yang mengagumkan, sekali lagi membuktikan kemahirannya dalam mengendalikan genre baharu ini.

“Filem e-Sukan pertama buatan Malaysia ini diharapkan dapat menginspirasi dan membuka mata masyarakat terhadap potensi besar dalam industri e-Sukan, serta kepentingan sokongan keluarga terhadap minat dan cita-cita anak-anak dalam bidang yang mungkin dianggap baharu atau luar biasa.

"Soloz: Game of Life mendapat kerjasama daripada pihak Moonton bagi memastikan jalan cerita dan konsepnya tidak lari daripada visi asal.

Artikel Berkaitan:

Key Billions Sdn Bhd mempertaruhkan sebuah karya yang mengangkat e-sukan profesional menerusi Soloz: Game of Life.
Key Billions Sdn Bhd mempertaruhkan sebuah karya yang mengangkat e-sukan profesional menerusi Soloz: Game of Life.

"Saya menekankan aspek teknikal dan elemen permainan video melalui perbincangan dengan Moonton untuk memastikan segala garis panduan permainan diikuti dengan betul," ujar Syafiq.

Lebih menarik lagi, filem ini mempertaruhkan pelakon muda yang sedang meningkat naik, Hun Haqeem diberi tanggungjawab besar dengan membawakan watak Soloz.

Selain turut dibintangi Ikmal Amry, Jaa Suzuran, Hafeez Mikail, Imran Aqil, Syafie Naswip, Wafiy A’an, Noki K-Clique, Fimie Don, Kahoe Hon, Nia Atasha, Ezra Kairo, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Arash Mohamad, Anne Abdullah, Luis Amante Penero, Jihaa Sham, Zic Empty Page, Erakad, Gbril dan ramai lagi.

Penampilan istimewa cameo oleh Datuk Remy Ishak dan Azizah Mahzan, menambah daya tarikan cerita ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!