Moga Najib kuat, terus berikhtiar - Ahmad Maslan

Najib Tun Razak, Ahmad Maslan
Najib Tun Razak, Ahmad Maslan
A
A
A

SHAH ALAM - Kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah jelas seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ekoran itu, ramai yang memahami kuasa dimiliki YDPA.

“Moga ALLAH sentiasa bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau kekal tabah, kuat serta terus berikhtiar,” katanya ringkas menerusi satu hantaran di laman sosial, X pada Sabtu.

Sebelum ini, Istana Negara mengingatkan semua pihak agar menghormati Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang ditetapkan, termasuk kuasa prerogatif YDPA berkaitan pengampunan kepada mana-mana banduan.

Istana Negara dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa kuasa Seri Paduka Baginda untuk memberi ampun, tunda dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya termaktub di bawah Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa parti berkenaan tidak akan meneruskan perhimpunan solidariti buat Najib yang dijadualkan berlangsung pada Isnin depan.

Menurut Asyraf Wajdi, pihaknya menaruh sepenuh keyakinan atas keihsanan dan kebijaksanaan YDPA dalam memberikan keadilan penuh kepada bekas Presiden parti itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!