Amaran ribut petir, angin kencang di Sabah, Sarawak dan Labuan
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir dengan hujan lebat dan angin kencang di Sabah, Sarawak dan Labuan hingga 12 tengah hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan di Sabah, kawasan yang terlibat merangkumi Pedalaman (Kuala Penyu dan Nabawan), Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Tawau (Tawau).
Di Sarawak pula, lokaliti terlibat merangkumi Bintulu (Bintulu) dan Miri (Subis dan Miri) manakala amaran sama turut dikeluarkan bagi seluruh Labuan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!