Polis mohon kerjasama kesan Nur Hidayatul
BENTONG - Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Genting Highlands di sini yang dilaporkan hilang sejak Selasa.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kehilangan remaja itu, Nur Hidayatul Iman Abdullah dilaporkan oleh abangnya pada Jumaat.
Menurutnya, remaja itu kali terakhir ditemui di hadapan sebuah restoran di Genting Highlands.
"Remaja terbabit berkulit sawo matang, berbadan kurus, berbaju sejuk; tudung serta seluar warna hitam," katanya.
Zaiham berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang gadis berkenaan diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di 09-2231999.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!