Tulsi Gabbard umum bertanding pilihan raya presiden AS

Tulsi Gabbard umum bertanding dalam pilihan raya presiden AS pada 2020. - Foto shethepeople
Tulsi Gabbard umum bertanding dalam pilihan raya presiden AS pada 2020. - Foto shethepeople
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Ahli Kongres parti Demokratik, Tulsi Gabbard yang mewakili Hawaii mengumumkan akan bertanding dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2020.

"Saya mengambil keputusan untuk bertanding dan akan membuat pengumuman rasmi minggu depan," kata Gabbard yang juga seorang veteran Perang Iraq kepada CNN.

Sebagai warga 'Samoan-American' yang pertama dilantik menjadi ahli kongres pada 2012, Gabbard berkata terdapat banyak sebab mengapa beliau mengambil keputusan bertanding.

"Rakyat Amerika kini menghadapi pelbagai cabaran dan saya mahu membantu menyelesaikannya.

"Isu paling penting melibatkan peperangan dan keamanan, saya amat berharap dapat membincangkan secara mendalam apabila membuat pengumuman kelak," kata Gabbard lagi.

Gabbard pernah dikecam kerana berkunjung ke Syria dan bertemu Presiden Bashar al-Assad yang didakwa melakukan jenayah perang, beliau bagaimanapun berkata adalah penting untuk bertemu dengan musuh sekiranya benar-benar serius mahu mencapai keamanan. - Independent

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!