Konsert PinkFish: Dua individu dirawat di PPUM sudah sedarkan diri

Hussein Omar Khan
Hussein Omar Khan
A
A
A

SHAH ALAM - Dua individu yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas dipercayai terjebak mengambil pil ekstasi ketika Konsert Pinkfish pada ambang tahun baharu telah sedarkan diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bagaimanapun keadaan mereka ini masih lemah.

"Setakat ini polis telah merakam percakapan 15 individu.

"Siasatan kes ini masih dijalankan termasuk mengenal pasti individu yang dikatakan menjual pil ekstasi di konsert terbabit," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Dalam kejadian pada 31 Disember, empat dilaporkan maut, dua menerima rawatan di ICU, manakala seorang lagi telah dibenarkan pulang oleh pihak hospital selepas kesemua mereka alami simptom sama.

Setakat ini, kes kematian telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Berikutan itu, pada Jumaat, Hussein mendedahkan siasatan awal polis mendapati bekalan ekstasi diperoleh dari luar dan beli dalam premis ketika konsert terbabit.

Polis tidak menafikan ada individu berlegar di lokasi terbabit bagi menjual pil ekstasi dengan harga RM50 sebiji dan secara pakej iaitu tiga pil RM100.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, polis juga mengesahkan kesemua mangsa tidak mempunyai hubungan dan tidak mengenali antara satu sama lain selain hadir secara berasingan bersama rakan serta ahli keluarga masing-masing.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!