8 maut, 15 cedera dalam kebakaran pasar di China
SHIJIAZHUANG - Lapan maut dan 15 lagi cedera dalam kebakaran sebuah pasar di Daerah Qiaoxi, Bandar Zhangjiakou, Wilayah Hebei, utara China, pada Sabtu, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Kebakaran itu berlaku sekitar jam 8.40 pagi di sebuah pasar yang menjual sayur-sayuran dan barangan keperluan lain.
Pasukan bomba bersama pasukan tindak balas kecemasan dan perubatan segera tiba di lokasi untuk operasi menyelamat.
Kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 10.10 pagi.
Operasi mencari dan menyelamat selesai menjelang tengah hari.
Mangsa yang cedera telah menerima rawatan di hospital, dan keadaan mereka dilaporkan tidak dalam keadaan bahaya.
Punca kebakaran masih dalam siasatan. - Bernama-Xinhua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!