Remaja lelaki dikhuatiri lemas, terjatuh Sungai Pahang

Operasi mencari dan menyelamat remaja lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang pada Sabtu. Gambar kecil: Azri Fahmi
Operasi mencari dan menyelamat remaja lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang pada Sabtu. Gambar kecil: Azri Fahmi
A
A
A

JERANTUT - Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari rumah rakit ke dalam Sungai Pahang di Jalan Kampung Pedah dekat Kampung Jerantut Feri di sini pada Sabtu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa dikenali Azri Fahmi, 14, bersama dua rakannya dilaporkan sedang memancing di rumah rakit terbabit.

Menurutnya, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut dikerahkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 5.17 petang.

"Pasukan bomba membuat pencarian di permukaan air dengan menggunakan bot orang kampung pada jarak 1.5 kilometer.

"Pusat Gerakan Operasi (PGO) telah mengaktifkan pasukan PPDA (Pasukan Penyelamat Di Air) BBP Bukit Angin ke lokasi selain anggota polis dari Balai Polis Jerantut hadir ke lokasi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!