Enam maut dalam kebakaran kilang mercun
NEW DELHI - Enam maut dan beberapa lagi individu cedera dalam kebakaran sebuah kilang mercun di Negeri Tamil Nadu, India pada Sabtu, menurut pengesahan seorang pegawai polis tempatan menerusi panggilan telefon, lapor Xinhua.
Insiden itu berlaku di Daerah Virudhunagar dalam negeri berkenaan. Letupan disyaki berlaku semasa proses pencampuran bahan kimia.
Akibat letupan dan kebakaran yang menyusul, bangunan kilang mercun itu runtuh, menyebabkan beberapa individu terperangkap di bawah runtuhan.
Menurut laporan terkini, usaha menyelamat sedang giat dijalankan bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap.
Mereka yang cedera telah dihantar ke hospital tempatan untuk menerima rawatan. Semua mangsa merupakan pekerja kilang mercun berkenaan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!