Semua mangsa nahas pesawat Jeju Air dikenal pasti
SEOUL - Semua 179 mangsa nahas pesawat Jeju Air berjaya dikenal pasti, menurut Kementerian Dalam Negeri Korea Selatan pada Sabtu, lapor Agensi Berita Yonhap.
Pada Ahad, pesawat penumpang Jeju Air dari Bangkok melanggar tembok luar Lapangan Terbang Antarabangsa Muan ketika melakukan pendaratan cemas, menyebabkan 179 daripada 181 orang di dalam pesawat itu terkorban.
Daripada jumlah mangsa yang ditemukan, 103 diserahkan kepada keluarga masing-masing, manakala selebihnya ditempatkan di bilik mayat sebelum dihantar kepada waris, menurut kementerian itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!