Isak tambah derita Tottenham
JARINGAN penyerang Newcastle United, Alexander Isak memastikan kemarau kemenangan Tottenham Hotspur berterusan dalam empat perlawanan Liga Perdana Inggeris.
Sentuhan Isak minit ke-38 meneruskan prestasi cemerlang The Magpies 2-1 di tempat lawan sekali gus menghampiri kelompok empat teratas.
Sebagai rekod, gol di Stadium Tottenham Hotspur itu memberikan Newcastle pendahuluan selepas ketinggalan kepada tandukan Dominic Solanke pada minit keempat.
Namun kelebihan Tottenham segera dipadamkan apabila Anthony Gordon merembat masuk gol penyamaan minit keenam
Tottenham tampil lebih agresif selepas rehat tetapi Newcastle bertahan dengan baik hingga 10 minit masa kecederaan untuk kemenangan kelima berturut-turut liga
Tiga mata membolehkan angkatan Eddie Howe mengumpul 35 mata manakala Tottenham bimbingan Ange Postecoglou pula kekal dengan 24 mata.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!