Lindungi diri, cegah jangkitan HMPV

Orang ramai boleh mengamalkan memakai pelitup muka apabila ke kawasan tumpuan ramai terutama bagi golongan yang berisiko tinggi bagi mengelak dijangkiti HMPV. Gambar hiasan
Orang ramai boleh mengamalkan memakai pelitup muka apabila ke kawasan tumpuan ramai terutama bagi golongan yang berisiko tinggi bagi mengelak dijangkiti HMPV. Gambar hiasan
A
A
A

SELEPAS digemparkan dengan penularan Covid-19 sehingga meragut ribuan nyawa lebih lima tahun lalu, kini kita dikejutkan lagi dengan kemunculan virus 'human metapneumovirus' (HMPV).

Penularan virus ini mula mendapat perhatian ramai susulan peningkatan kes dilaporkan di China terutamanya dalam kalangan kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai sistem imun lemah.

Di Malaysia, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 327 sampel positif virus HMPV sepanjang 2024 yang menunjukkan peningkatan berbanding 225 pada 2023.

KKM dalam satu kenyataan berkata, HMPV merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.

Menurut kementerian itu, ia bukan satu penyakit baharu malah di Malaysia, jangkitan HMPV tidak wajib dilaporkan atau dinotifikasikan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

Walaupun virus itu mungkin tidak seteruk seperti Covid-19, HMPV tetap boleh membawa risiko yang serius kepada individu terutama mereka yang mempunyai penyakit kronik yang lain.

Di tengah-tengah lonjakan kes sejak pertengahan Disember, pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia bertindak memberi amaran tentang wabak tersebut dan menekankan tentang langkah penjagaan kebersihan.

Justeru, orang ramai dinasihatkan agar terus menjaga kesihatan dan kebersihan diri agar dapat mencegah jangkitan berkenaan dengan mengelak berada di kawasan yang tertutup serta sesak.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, kerap mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan cecair sanitasi tangan selain mengamalkan memakai pelitup muka apabila ke kawasan tumpuan ramai terutama bagi golongan yang berisiko tinggi.

Mereka yang mengalami simptom atau tanda-tanda awal perlu segera mendapatkan pemeriksaan di klinik atau fasiliti berhampiran agar langkah pencegahan awal dapat dilakukan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!