Istana Negara perbetulkan kekhilafan AGC - Haniff Khatri

Laporan muka depan Sinar Ahad berhubung himpunan solidariti buat Najib. Gambar kecil: Mohamed Haniff
Laporan muka depan Sinar Ahad berhubung himpunan solidariti buat Najib. Gambar kecil: Mohamed Haniff
A
A
A

SHAH ALAM - Kenyataan dikeluarkan Istana Negara jelas merujuk berkaitan proses permohonan pengampunan banduan secara am, demi memperbetulkan kekhilafan kenyataan Pejabat Peguam Negara (AGC) sebelum ini.

Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, kenyataan tersebut pada zahirnya tiada kaitan dengan isu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahupun Titah Adendum yang akan dipersidangkan di Mahkamah Rayuan esok.

Sebaliknya, kata beliau, kenyataan AGC pada 28 Disember lalu secara khusus memetik Najib.

“Kenyataan Istana adalah tepat dan betul. Ia merujuk kepada proses permohonan pengampunan, itu sahaja. Tidak merujuk kepada mana-mana Titah Adendum yang kontroversi. Tak rujuk kepada nama Najib.

“Saya percaya, apabila Seri Paduka Baginda melihat kenyataan AGC dan nampak kontroversi berbangkit, Tuanku mengeluarkan hasrat memberi kenyataan am.

“Itu sebabnya Seri Paduka Baginda terpaksa mencemar duli mengeluarkan kenyataan sebab kegagalan Peguam Negara mematuhi hasrat dan niat titah baginda terdahulu untuk keluarkan kenyataan am.

“Apabila AGC campur adukkan perkara yang am dengan khusus, maka tidak mencapai hasrat Tuanku dan boleh menjadi penghinaan mahkamah. Walhal ia boleh menjadi penghinaan kepada mahkamah oleh Peguam Negara, bukan oleh Istana,” katanya di sini pada Sabtu.

Jelas Mohamed Haniff, kenyataan Istana Negara juga tiada kaitan dengan apa yang akan berlaku di Mahkamah Rayuan kerana ia adalah isu Perlembagaan bagi merungkai dua perkara iaitu sama ada Titah Adendum itu wujud dan jika wujud, adakah ia sah.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, selagi mahkamah belum buat keputusan, sesiapa sahaja yang mahu menyokong atau membantah rayuan tersebut mempunyai hak berhimpun secara aman.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!