'Lihat Kaabah depan mata, sampai tak sanggup balik ke hotel'

Kesemua 65 peserta Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan menyelesaikan umrah mereka selama enam hari di Makkah.
Kesemua 65 peserta Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan menyelesaikan umrah mereka selama enam hari di Makkah.
A
A
A

MAKKAH - Peluang melihat Kaabah di depan mata, membuatkan peserta Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan tidak sanggup untuk balik tidur di hotel kerana tidak mahu mempersiakan peluang beribadah sepanjang berada di Baitullah.

Mereka yang terdiri daripada 65 peserta program anjuran Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd dengan kerjasama Masjid Imanul Faizin itu begitu teruja dapat menjejakkan kaki ke tanah suci dan bersolat di Masjidil Haram.

Peserta, Nik Amir Khairi Kamarubalkiah, 28, dari Kampung Wakaf Bharu, Tumpat berkata, terpilih menjadi tetamu ALLAH merupakan rezeki terpijak buat dirinya tambahan pula pada musim sejuk.

Nik Amir Khairi
Nik Amir Khairi

"Walaupun cuaca di sini sejuk, saya dan rakan-rakan tetap berada dalam pakaian ihram. Kami kalau boleh hari-hari nak melakukan tawaf.

"Sampaikan kami ada yang enggan pulang ke bilik dan seronok berada di Masjidil Haram beribadat sambil melihat Kaabah di depan mata, perasaan itu sukar digambarkan," katanya kepada Sinar Harian.

Kesemua 65 peserta Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan telah menyelesaikan umrah mereka selama enam hari di Makkah.

Artikel Berkaitan:

Mutawif, Ahmad Junaidi Omar (hadapan) memberi penerangan kepada peserta Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan sebelum mereka melakukan umrah.
Mutawif, Ahmad Junaidi Omar (hadapan) memberi penerangan kepada peserta Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan sebelum mereka melakukan umrah.

Menurut ketua rombongan kumpulan lapan itu, sehingga hari terakhir di Makkah pada Sabtu, dia masih tidak percaya sudah menjejakkan kaki ke tanah suci.

Anak sulung daripada lima beradik itu berkata, hal ini kerana Arab Saudi merupakan negara pertama yang dijejaki dan sepanjang hidupnya tidak pernah menaiki kapal terbang mahu pun terfikir ke luar negara.

Nik Amir Khairi memberitahu, dia cukup bertuah apabila Makkah menjadi tempat pertama yang dikunjungi apabila berpeluang ke luar negara.

Muhammad Najmuddin
Muhammad Najmuddin

Bagi Muhammad Najmuddin Romli, 25, dari Wakaf Merah, Pasir Mas pula, pengalaman mencium hajar aswad merupakan detik yang akan dikenang sepanjang hidupnya.

"Kali pertama sampai di Masjidil Haram, melihat Kaabah di depan mata dengan jemaah yang begitu ramai membuat tawaf, awalnya saya rasa sudah tentu sukar untuk berbuat demikian.

"Tetapi alhamdulillah, ia menjadi kenyataan dan tidak tahu bagaimana untuk menceritakan kembali pengalaman terbabit. Saya hanya mampu menangis. Siapa sangka saya yang hanya memasang angan-angan ke tanah suci, tanpa sesen pun simpanan boleh melalui saat indah ini," katanya dengan nada sebak.

Peserta Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan bergambar kenangan di hadapan Masjidil Haram.
Peserta Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan bergambar kenangan di hadapan Masjidil Haram.

Menurut kakitangan swasta ini, dapat mengikuti program Anak Muda Jati Kelantan solat berjemaah di Masjid Imanul Faizin sudah membuatkan dia teruja kerana reka bentuk rumah ibadah terbabit sudah menyerupai Masjidil Haram.

"Apatah lagi dapat menunaikan solat berjemaah di Masjidil Haram bersama dengan jemaah dari seluruh dunia, ia satu perasaan yang sukar digambarkan.

"Saya dan rakan-rakan yang lain tidak melepaskan peluang solat jemaah serta solat Jumaat di Baitullah, walaupun cuaca sejuk, penat, anggota badan lenguh-lenguh, namun semua itu bukan halangan," kata anak keempat daripada sembilan beradik ini.

Nur Syifa Irdyna
Nur Syifa Irdyna

Anak muda dari Kampung Perol, Kota Bharu, Nur Syifa Irdyna Ramli, 22, pula memberitahu dia pernah bermimpi menunaikan umrah sebanyak tiga kali.

"Sampailah hari terakhir di Makkah (Sabtu), saya masih tidak percaya mimpi yang dialami itu menjadi kenyataan. Rasa bersyukur sangat, kerana nak datang sendiri ke sini sudah tentu tidak mampu, saya masih belajar serta bakal menduduki STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) tidak lama lagi.

Mutawif, Ahmad Junaidi Omar (tengah) memberi penerangan kepada peserta semasa ziarah di Jabal Rahmah, Makkah.
Mutawif, Ahmad Junaidi Omar (tengah) memberi penerangan kepada peserta semasa ziarah di Jabal Rahmah, Makkah.

"Alhamdulillah rezeki menjadi tetamu ALLAH apabila adanya program Anak Muda Jati Kelantan. Terima kasih Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd dan ahli jawatankuasa Masjid Imanul Faizin," katanya.

Sinar Harian pada 30 Disember lalu melaporkan, seramai 65 anak muda terdiri daripada 29 perempuan dan 36 lelaki terpilih mengikuti Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan.

Peserta juga berpeluang menjejakkan kaki ke Taif yang merupakan salah satu kawasan sejuk.
Peserta juga berpeluang menjejakkan kaki ke Taif yang merupakan salah satu kawasan sejuk.

Pengerusi Eksekutif Andalusia, Datuk Md Daud Che Ngah berkata, mereka yang berusia 20 hingga 35 tahun itu adalah bujang, tidak pernah menunaikan umrah dan telah lulus dengan jayanya solat berjemaah di Masjid Imanul Faizin selama 30 hari tanpa gagal iaitu 90 waktu melibatkan solat Subuh, Maghrib dan Isyak.

Menurutnya, objektif program itu diadakan untuk menarik minat golongan muda yang berasal dari Kelantan mengimarahkan masjid sekali gus membentuk mereka dalam mendalami asas kerohanian serta ilmu fardu ain sebelum ke tanah suci.

Peserta Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan semasa lawatan ke ladang unta.
Peserta Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan semasa lawatan ke ladang unta.

Pengerusi Masjid Imanul Fa'izin, Leftenan Kol Bersekutu (PA) Nik Saiful Adli Burhan (empat, kiri) menikmati buah-buahan bersama peserta semasa porogram ziarah di ladang unta.
Pengerusi Masjid Imanul Fa'izin, Leftenan Kol Bersekutu (PA) Nik Saiful Adli Burhan (empat, kiri) menikmati buah-buahan bersama peserta semasa porogram ziarah di ladang unta.

Peserta Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan bergambar berlatar belakangkan keindahan Masjidil Haram di atas puncak bukit.
Peserta Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan bergambar berlatar belakangkan keindahan Masjidil Haram di atas puncak bukit.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!