Warga Palestin buat kecoh lagi di WTKL

Keadaan insiden kekecohan Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL), pada Sabtu
Keadaan insiden kekecohan Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL), pada Sabtu
A
A
A

KUALA LUMPUR - Punca insiden kekecohan melibatkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) di sini, pada Sabtu disebabkan mereka mahu proses permohonan untuk kembali ke negara asal dipercepatkan.

Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan insiden itu berlaku pada jam 5 petang Sabtu.

"Kekecohan dipercayai berpunca daripada keinginan warga Palestin yang mahukan proses permohonan mereka untuk kembali ke Palestin dipercepatkan.

Anggota Angkatan Tentera Malaysia mengawal keadaan di lokasi kejadian.
Anggota Angkatan Tentera Malaysia mengawal keadaan di lokasi kejadian.

"Akibat daripada insiden tersebut, pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia yang bertugas telah bertindak untuk berbincang bersama dengan warga Palestin yang terlibat," katanya.

Menurut kenyataan itu, situasi berkenaan dapat dikawal dengan baik tanpa melibatkan sebarang pergaduhan dan kecederaan.

"Hanya berlaku sedikit kerosakan terhadap peralatan perabot di WTKL. Warga Palestin telah bersurai kira-kira jam 7.30 malam.

Artikel Berkaitan:

Keadaan insiden kekecohan Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL), pada Sabtu
Keadaan insiden kekecohan Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL), pada Sabtu

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan insiden tersebut," katanya.

Terdahulu tular beberapa video di media sosial memaparkan warga Palestin itu merosakkan peralatan, pasu bunga serta membakar cadar bagi meluahkan rasa tidak puas hati masing-masing.

Pada Oktober tahun lalu, tular insiden dua wanita warga Palestin melakukan kekecohan hanya kerana mahu meminta dihantar pulang ke Gaza.

Mereka berdua adalah sebahagian daripada 127 orang awam Palestin yang di bawa ke negara ini pada 16 Ogos untuk menerima rawatan perubatan berikutan serangan Israel ke atas Gaza.

Pada 4 Ogos tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu Perhimpunan Solidariti Palestin di Bukit Jalil, mengumumkan Malaysia memutuskan untuk membawa orang awam Palestin yang cedera mendapatkan rawatan di Malaysia.

Pada 16 Ogos lalu, dua pesawat Airbus A-400M Tentera Udara Diraja Malaysia menerbangkan 127 orang awam Palestin yang cedera dari Mesir ke Pangkalan Udara TUDM Subang.

Rakyat Palestin yang dibawa itu termasuklah 41 lelaki, wanita dan kanak-kanak yang cedera, termasuklah bayi seawal usia lapan bulan, serta saudara-mara mereka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!