Manchester City kembali menang besar

Haaland ledak dua gol berdepan West Ham di Stadium Etihad. Foto Agensi
Haaland ledak dua gol berdepan West Ham di Stadium Etihad. Foto Agensi
A
A
A

PENYANDANG juara Manchester City membuka 2025 dengan rentak positif apabila membelasah West Ham United 4-1 dalam Liga Perdana Inggeris untuk meraih kemenangan kedua berturut-turut sejak Oktober.

Angkatan Pep Guardiola yang mengatasi Leicester City, 2-0 di Stadium King Power sebelum ini menjelmakan tiga mata hasil dua gol Erling Haaland (m-42) dan m-55.

Dua lagi gol disudahkan hasil jaringan sendiri Vladimír Coufal (m-10) dan Phil Foden (m-58) sebelum jaringan saguhati Niclas Füllkrug (m-71) untuk anak buah Julen Lopetegui.

Kemenangan besar tersebut kali kedua musim ini menyaksikan City menjaringkan empat gol dalam aksi liga selepas menang 4-1 ke atas Ipswich Town.

City yang akan berdepan Salford City dalam Pusingan Ketiga Piala FA, kini melonjak ke tempat keenam dengan 34 mata, 11 di belakang pendahulu Liverpool yang mempunyai dua perlawanan.

Sementara itu, West Ham, yang tewas 0-5 kepada Liverpool sebelum ini berada di tangga ke-13 dengan 23 mata akan berdepan Aston Villa dalam perlawanan Pusingan Ketiga Piala FA pada 11 Januari.

LIGA PERDANA INGGERIS

Keputusan

Artikel Berkaitan:

Brighton 1-1 Arsenal

Manchester City 4-1 West Ham United

Southampton 0-5 Brentford

Crystal Palace 1-1 Chelsea

Aston Villa 2-1 Leicester City

Bournemouth 1-0 Everton

Tottenham Hotspur 1-2 Newcastle United

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!