Kes bunuh Xin Yuan: Reman tiga beranak dilanjutkan 5 hari

Yap Xin Yuan
Yap Xin Yuan
A
A
A

KAJANG - Tiga beranak yang disyaki terbabit dalam kes bunuh remaja perempuan, Yap Xin Yuan, 15, disambung reman selama lima hari.

Perintah lanjutan reman kesemua individu itu dikeluarkan Majistret Fatin Dayana Jalil, selepas permohonan dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Mahkamah Majistret Kajang pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof ketika dihubungi pada Ahad berkata, ketiga-tiga individu dilanjutkan reman sehingga Jumaat bagi melengkapkan siasatan.

Sebelum ini, ketiga-tiga individu berusia 17 hingga 52 tahun itu ditahan pada 30 Disember lalu direman selama enam hari.

Pada Jumaat, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, perselisihan faham dan pengambilan dadah berlebihan adalah antara motif yang disiasat polis ketika ini berkaitan pembunuhan Xin Yuan.

Mayat Xin Yuan, ditemui reput di Kampung Rancangan Tanah Belia (RTB) Sungai Changgang, Banting pada 28 Disember lalu, iaitu lapan hari selepas laporan kehilangannya dibuat pada 20 Disember lalu di Kajang.

Beliau berkata, keadaan mayat remaja yang reput ketika dijumpai menyukarkan pakar patologi untuk memastikan sebarang kecederaan fizikal yang lain.

Katanya, polis juga percaya pembabitan teman lelaki mangsa dalam pembuangan mayat dan siasatan masih dijalankan jika ada individu lain yang membantu suspek membuang mayat.

Artikel Berkaitan:

Media sebelum ini melaporkan kehilangan Xin Yuan sejak 19 Disember lalu terbongkar apabila mayatnya ditemui dalam keadaan reput di perangkap sampah Kampung RTB Sungai Changgang, Banting pada 30 Disember lalu.

Remaja itu hilang selepas menghadiri latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang Batu 11, Cheras, 19 Disember lalu dengan polis menerima laporan kehilangan dibuat oleh keluarga mangsa pada jam 2.15 pagi, sehari selepas kejadian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!