2 maut pesawat ringan terhempas di Australia
SYDNEY - Dua individu maut dalam nahas pesawat ringan di pantai timur Australia di utara Sydney, lapor Xinhua.
Polis di negeri New South Wales (NSW) dalam satu kenyataan pada Sabtu malam berkata, perkhidmatan kecemasan menerima panggilan berhubung kejadian pesawat ringan terhempas ke dalam laut berhampiran bandar Nambucca Heads, kira-kira 400 kilometer utara Sydney, pada jam 4 petang waktu tempatan.
"Juruterbang dan penumpang pesawat itu meninggal dunia di lokasi kejadian dan masih belum dikenal pasti secara rasmi," kata Polis NSW.
Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) melaporkan bahawa bangkai pesawat itu ditemukan kira-kira 1.5 kilometer dari pantai.
Polis marin, pasukan ambulans dan sebuah helikopter penyelamat telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
Polis NSW memaklumkan siasatan mengenai insiden itu telah dimulakan dengan bantuan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia. - Bernama/Xinhua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!