MKN digesa segera urus penempatan semula Bukit Malut

Sanusi
Sanusi
A
A
A

KULIM - Kerajaan Negeri mengharapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertindak lebih pantas menguruskan proses penempatan semula perkampungan Bukit Malut di Pulau Langkawi.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ini berikutan kerajaan negeri sudah bersetuju untuk membuat pengambilan tanah bagi tujuan tersebut.

“MKN sedang menguruskan hal itu, kita sudah setuju dengan MKN untuk buat pengambilan tanah tapi rumah itu depa (penduduk) kena beli lah.

"Proses itu memang akan ambil masa untuk pengambilan, bina rumah tapi kita nak MKN bertindak pantas sikit, perbincangan memang sudah ada harap dipercepatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Kulim Smart Pay di sini, pada Ahad.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri berharap projek yang dirancang itu dapat menghentikan sebarang polemik yang wujud.

Selain itu, katanya, beliau tidak mahu lagi pembinaan rumah haram berleluasa sehingga ke dalam laut di kawasan itu.

Difahamkan, penempatan Bukit Malut mula dibuka awal 80-an oleh pelarian Myanmar, yang membina rumah di kawasan pesisir pantai sebelum berkembang sehingga ke kawasan berbukit.

Artikel Berkaitan:

Mereka yang turut dikenali sebagai Melayu Islam Kedah (MIK) dikatakan memiliki dokumen pengenalan diri, MyKad membolehkan mereka menjadi pengundi berdaftar.

Muhammad Sanusi sebelum ini dilaporkan berkata pihaknya akan berbincang bersama MKN bagi mencari jalan penyelesaian terbaik agar penempatan terbabit tidak terus menjadi tempat longgokan sampah dan memberi masalah kepada penduduk tempatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!