Tiga terbunuh, helikopter Pengawal Pantai India terhempas

Sebuah helikopter milik Pengawal Pantai India terhempas pada Ahad di negeri Gujarat, barat India, mengorbankan semua tiga kru termasuk dua juruterbang. Foto Agensi
Sebuah helikopter milik Pengawal Pantai India terhempas pada Ahad di negeri Gujarat, barat India, mengorbankan semua tiga kru termasuk dua juruterbang. Foto Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Sebuah helikopter milik Pengawal Pantai India terhempas pada Ahad di negeri Gujarat, barat India, mengorbankan semua tiga kru termasuk dua juruterbang, menurut polis, lapor Xinhua.

Helikopter Ringan Terkini (ALH) Dhruv itu terhempas semasa penerbangan latihan rutin di lapangan terbang Porbandar, kira-kira 416 kilometer (km) ke barat Gandhinagar, ibu negeri Gujarat.

Menurut pegawai, helikopter berkenaan mengalami masalah teknikal sebelum terhempas.

Ketiga-tiga kru segera dikeluarkan dari lokasi kejadian dan dikejarkan ke hospital dalam keadaan melecur teruk selepas helikopter itu terbakar sejurus terhempas.

"Malangnya, semua tiga kru telah meninggal dunia berikutan kemalangan ini," kata pegawai kanan polis Porbandar, Bhagirath Singh Jadeja.

Menurut Jadeja, kemalangan berlaku sekitar pukul 12.10 tengah hari (waktu tempatan) ketika helikopter itu cuba mendarat di lapangan terbang Porbandar.

Polis India dan Pengawal Pantai sedang menyiasat punca nahas itu, katanya.

Saluran televisyen tempatan menyiarkan rakaman asap hitam tebal yang kelihatan daripada helikopter yang terhempas di lapangan terbang itu. - Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!