Ubat Covid-19 rawat kucing peliharaan

Jangkitan peritonitis (FIP) dikatakan hanya menyerang kucing. Foto Agensi
Jangkitan peritonitis (FIP) dikatakan hanya menyerang kucing. Foto Agensi
A
A
A

BEIJING - Pemilik kucing di China menjadikan ubat antiviral Covid-19 sebagai penawar untuk penyakit yang menyerang haiwan peliharaan mereka itu.

Rangkaian media Jiemian pada awal minggu lalu melaporkan ubat Lagevrio (molnupiravir) keluaran Merck & Co itu kini dijadikan ubat untuk merawat jangkitan peritonitis (FIP) atau virus korona kucing yang boleh membawa maut kepada si comel tersebut.

Langkah itu turut menjadi topik perbincangan hangat di media sosial terutamanya golongan pencinta kucing.

“Ubat Covid-19 dihasilkan untuk manusia telah menyelamatkan nyawa kucing saya. Saya mahu kongsikan panduan ini kepada orang lain,” kata seorang pengguna di platform Xiaohongshu.

Sebahagian pemilik kucing turut memilih ubat Covid-19 buatan firma tempatan yang dijual pada harga jauh lebih murah seperti Henan Genuine Biotech, Simcere Pharmaceutical Group dan Shanghai Junshi Biosciences untuk rawatan sama.

Difahamkan, FIP adalah virus korona yang unik kerana ia hanya menyerang kucing dan tidak menular kepada manusia, anjing atau haiwan lain. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!