Makkah tempat beribadah, bukan bulan madu

Tren bulan madu di Makkah dengan menunaikan umrah dilihat kurang bersesuaian kerana Baitullah merupakan tempat penyucian jiwa. (Gambar kecil: Ahmad Junaidi)
Tren bulan madu di Makkah dengan menunaikan umrah dilihat kurang bersesuaian kerana Baitullah merupakan tempat penyucian jiwa. (Gambar kecil: Ahmad Junaidi)
A
A
A

MAKKAH - Tren bulan madu di Makkah dengan menunaikan umrah dilihat kurang bersesuaian kerana Baitullah merupakan tempat penyucian jiwa.

Mutawif dari Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Ahmad Junaidi Omar bagaimanapun berkata, ia bergantung kepada niat dan tujuan individu tersebut ke tanah suci.

"Bagi pandangan saya, boleh buat pakej bulan madu sambil umrah, namun seeloknya dielakkan.

"Hal ini kerana tujuan utama menunaikan umrah adalah untuk beribadah di mana Makkah dan Madinah adalah tempat untuk penyucian jiwa," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui semasa Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan di sini.

Menurut Ahmad Junaidi yang sudah berpengalaman selama lapan tahun sebagai mutawif, jika ia dilakukan kerana tren dan bukannya untuk mengambil keberkatan maka tidak sesuai.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Junaidi berkata, pendedahan awal terdapat ibadah umrah perlu ada usia muda.

Katanya, sebagaimana Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan yang memberi peluang kepada golongan muda untuk mengenali dan menambah ilmu berkaitan agama Islam di samping penyucian jiwa.

"Sesetengah orang tidak terfikir tentang perkara ini, tunggu sudah berusia baru hendak ke Makkah.

Artikel Berkaitan:

"Saya berharap dengan program ini dapat menjadi contoh serta membuka minda para peserta untuk menjadi anak muda yang hebat, serta faham tentang agama," kata beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!