Tanah runtuh dekat simpang tiga Blue Valley, Cameron Highlands

Keadaan tanah runtuh di jalan besar Kampung Raja dekat simpang tiga Blue Valley di sini awal pagi Isnin. Foto APM
Keadaan tanah runtuh di jalan besar Kampung Raja dekat simpang tiga Blue Valley di sini awal pagi Isnin. Foto APM
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Satu kejadian tanah runtuh berlaku di jalan besar Kampung Raja dekat simpang tiga Blue Valley di sini awal pagi Isnin.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah dalam kenyataannya melaporkan, kejadian berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak petang Ahad.

Menurutnya, maklumat mengenai kejadian itu diterima pada jam 3.15 pagi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah ke lokasi tersebut bagi memantau dan memastikan situasi sebenar serta menghantar bantuan anggota.

"Laluan utama dari arah Simpang Pulai/ Lojing ke Cameron Highlands terhalang di kedua-dua arah," katanya.

Jelasnya, laluan alternatif adalah melalui jalan Sungai Koyan di Lipis dan jalan Tapah untuk ke Cameron Highlands.

"Kerja-kerja mengalihkan runtuhan sedang giat dijalankan dan kejadian tidak membabitkan sebarang mangsa serta rumah," tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!