Titah Adendum: Pemimpin politik mula tiba di Istana Kehakiman

Situasi di sekitar pekarangan Istana Kehakiman yang dikawal ketat oleh pihak polis susulan pendengaran rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pagi Isnin. FOTO SINAR HARIAN-AHMAD ISMADI ISMAIL

A
A
A

PUTRAJAYA - Beberapa pemimpin politik mula memasuki kamar mahkamah bagi mengikuti sesi pendengaran permohonan rayuan semakan kehakiman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan Titah Adendum.

Sekitar jam 8.30 pagi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim tiba disusuli bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.

Dr Muhamad Akmal Saleh dan Nik Abduh Nik tiba di kamar mahkamah bagi mengikuti sesi pendengaran permohonan rayuan semakan kehakiman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan Titah Addendum.

Turut kelihatan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Najib pagi Isnin berhubung penolakan permohonannya untuk menjalani baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah.

Ia berdasarkan dakwaannya mengenai kewujudan Titah Adendum menyokong permohonan tersebut.

Pendengaran yang pada asalnya dijadualkan pada 5 Disember tahun lalu akan dimulakan pada jam 9 pagi di hadapan panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Azizah Nawawi, Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!