Prestasi hasil Pahang catat meningkat 174.9 peratus pada 2025
KUANTAN - Unjuran prestasi hasil negeri Pahang menunjukkan pencapaian yang membanggakan dalam tempoh tujuh tahun dengan peningkatan sebanyak 174.9 peratus.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peningkatan membanggakan itu sebanyak RM434.3 juta pada 2018 kepada sasaran RM1.194 bilion tahun 2025.
Menurutnya, peningkatan ini adalah bukti bahawa strategi yang dilaksanakan termasuk dalam sektor ekonomi, pengurusan sumber dan pembangunan berteraskan kemampanan memberikan hasil yang signifikan.
“Ia juga mencerminkan komitmen semua pihak daripada kepimpinan negeri, penjawat awam, sektor swasta serta rakyat Pahang untuk memastikan negeri ini terus berkembang maju dan sejahtera, katanya dalam satu kenyataan pada malam Ahad
Wan Rosdy berharap usaha ini dapat diteruskan dengan penuh iltizam agar Pahang terus menjadi negeri yang makmur, stabil, dan berdaya saing.
"Semoga Allah SWT terus merahmati negeri Pahang dan seluruh rakyatnya," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!