APM Cameron Highlands bantu hantar 11 calon SPM
CAMERON HIGHLANDS - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Cameron Highlands membantu menghantar 11 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Raja di sini pada Isnin.
Pegawai APM Daerah, Leftenan (PA) Md Hazli Hanifah Mohd Hanafi berkata, bantuan itu ekoran jalan ditutup akibat tanah runtuh di jalan besar Kampung Raja dekat simpang tiga Blue Valley.
Menurutnya, calon berkenaan dari Prima Kampung Raja, Blue Valley dan Lojing.
"Empat anggota terlibat dalam operasi ini dan mereka dihantar menggunakan trak (Land Rover) APM ke sekolah tersebut pada jam 7.30 pagi
"Setakat ini laluan terbabit masih ditutup kepada semua kenderaan dan kerja-kerja pengalihan sedang giat dilakukan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!