'Anak jantan hadir bersama rakyat, bukan duduk dalam hotel'- Dr Akmal Saleh
SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hadir ke perhimpunan Solidariti Bersama Datuk Seri Najib Tun Razak Menuntut Keadilan bagi menyatakan sokongan kepada bekas presiden parti berkenaan.
Perkara itu diumum menerusi hantaran di Facebooknya yang memaparkan suasana semasa di pekarangan Mahkamah Rayuan Istana Kehakiman, Putrajaya.
"Anak jantan hadir sendiri bersama rakyat. Bukan duduk dalam hotel dan pergunakan rakyat," katanya pada Isnin.
Pada pagi Isnin Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Najib berhubung penolakan permohonannya untuk menjalani baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah.
Ia berdasarkan dakwaannya mengenai kewujudan Titah Adendum menyokong permohonan tersebut.
Pendengaran yang pada asalnya dijadualkan pada 5 Disember tahun lalu akan dimulakan pada jam 9 pagi di hadapan panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim, Datuk Azizah Nawawi, Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!