'Kami mahu tahu sama betul atau tidak wujud Titah Adendum' - Hamzah

Hamzah (dua dari kanan) ketika tiba di Kompleks Istana Kehakiman di Putrajaya pada Isnin. FOTO SINAR HARIAN/MOHD FAIZUL HAIKA MAT KHAZI
Hamzah (dua dari kanan) ketika tiba di Kompleks Istana Kehakiman di Putrajaya pada Isnin. FOTO SINAR HARIAN/MOHD FAIZUL HAIKA MAT KHAZI
A
A
A
PUTRAJAYA - Pemimpin Perikatan Nasional (PN) hadir ke Mahkamah Rayuan bagi mengetahui sama ada Titah Adendum berkaitan tahanan kediaman membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, benar-benar wujud atau tidak.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, beliau dan rakan seperjuangan dalam PN berbuat demikian selepas dimaklumkan bahawa memang wujud Titah Adendum berkaitan kes bekas Presiden UMNO terbabit.

"Apabila kita dimaklumkan bahawa Titah Adendum itu ada wujud persoalan kenapa tidak dilaksanakan perintah Yang di-Pertuan Agung ke-16 terbabit.

"Itulah persoalan sebenarnya... Sebab itu apabila di Parlimen kita tanya Perdana Menteri mengenai kewujudannya. Tetapi apabila kita tanya Perdana Menteri...Dia tidak memberikan jawapan yang jelas.

"Sebab itulah apabila ada afidavit difailkan oleh keluarga Datuk Seri Najib ke mahkamah jika hadir ke sini hari ini.

"Kita mahu tahu sama betul atau tidak wujud Titah Adendum berkaitan perintah tahanan di rumah membabitkan Datuk Seri Najib terbabit, " katanya ketika ditemui wartawan Sinar Harian di Kompleks Istana Kehakiman di Putrajaya, sebentar tadi.

Hamzah yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen berkata demikian ketika ditanya kenapa pemimpin tetap hadir ke Perhimpunan Solidariti bersama Najib biarpun polis tidak mengeluarkan permit.

Turut bersama Hamzah ialah Menteri Besar Terengganu merangkap Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Sementara itu, penyokong Najib Razak dan parti politik membanjiri kawasan parkir di belakang Istana Kehakiman Presint 3 Putrajaya bagi
Artikel Berkaitan:


mengikuti pendengaran permohonan semakan berkaitan dengan Titah Adendum di Mahkamah Rayuan hari ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!