Kehadiran Sanusi curi tumpuan Himpunan Solidariti Najib
Menteri Besar Kedah itu disambut dengan laungan takbir serta sorakan bukan sahaja penyokong Pas malah UMNO.
Beliau kemudiannya dilihat diiringi ke lokasi himpunan serta turut bertemu pimpinan Pas lain antaranya Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad serta Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden.
Orang ramai mula membanjiri pekarangan Istana Kehakiman, di sini bagi menghadiri pendengaran rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak awal pagi Isnin.
Tinjauan Sinar Harian mendapati penyokong Najib dan ahli Pas dilihat memenuhi sudut kiri dan kanan bahagian hadapan serta laluan masuk menerusi pintu belakang Istana Kehakiman.
Sehingga jam 8.50 pagi tadi, bilangan orang ramai yang ingin mengikuti proses rayuan oleh Najib semakin bertambah dan mereka hadir sebagai tanda solidariti kepada bekas Ahli Parlimen Pekan itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!