Wanita cedera kereta terbabas sebelum terbakar

Anggota BBP Lenggong bertungkus-lumus memadam kebakaran sebuah kereta di Jalan Lenggong-Gerik berhampiran Kampung Baru Air Kala di sini pada Isnin. Foto JBPM Perak
Anggota BBP Lenggong bertungkus-lumus memadam kebakaran sebuah kereta di Jalan Lenggong-Gerik berhampiran Kampung Baru Air Kala di sini pada Isnin. Foto JBPM Perak
A
A
A

LENGGONG - Seorang wanita cedera selepas kenderaan dinaiki terbabas dan terbakar di Jalan Lenggong-Gerik berhampiran Kampung Baru Air Kala di sini pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut jam 8.30 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong tiba 15 minit kemudian.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa yang berusia 28 tahun memandu sendiri kereta Nissan Sentra berjaya keluar dari kenderaan terbabit.

Anggota BBP Lenggong mengawal kebakaran sebuah kereta yang terbabas menyebabkan seorang mangsa cedera di Jalan Lenggong-Gerik berhampiran Kampung Baru Air Kala di sini pada Isnin. Foto JBPM Perak
Anggota BBP Lenggong mengawal kebakaran sebuah kereta yang terbabas menyebabkan seorang mangsa cedera di Jalan Lenggong-Gerik berhampiran Kampung Baru Air Kala di sini pada Isnin. Foto JBPM Perak

"Anggota melakukan pemadaman dengan menggunakan satu aliran air dari tangki jentera sehingga api dipadam sepenuhnya.

"Mangsa mengalami cedera ringan dan dihantar ke klinik menaiki ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sabarodzi berkata, kereta tersebut musnah 85 peratus sejurus kerja-kerja pemadaman kebakaran selesai dilakukan jam 8.55 pagi.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, operasi yang disertai enam anggota bersama dua jentera tamat jam 9.20 pagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!