Tak sempat joli hasil pecah rumah

Tangkap layar video tular memaparkan kejadian pecah masuk rumah di Taman Temiang Utama Muar.
Tangkap layar video tular memaparkan kejadian pecah masuk rumah di Taman Temiang Utama Muar.
A
A
A

MUAR - Tiga suspek termasuk dua wanita ditahan dalam tempoh kurang 24 jam selepas disyaki terbabit dalam kejadian pecah rumah di Taman Temiang Utama, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, sebelum itu laporan berhubung kejadian diterima pada jam 12.15 tengah hari dan video kejadian terbabit tular di media sosial.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 20-an itu ditahan di laluan Bypass Jalan Kim Lee di sini, pada jam 12.07 pagi Isnin.

"Hasil risikan dan siasatan lanjut telah berjaya menahan tiga suspek kejadian pecah rumah di daerah Muar dalam tempoh 24 jam.

“Pihak polis percaya dengan tangkapan ini telah berjaya menyelesaikan beberapa kes pecah rumah yang dilaporkan di daerah Muar,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Menurut beliau, usaha mengesan suspek yang masih bebas sedang giat dijalankan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 453 Kanun Keseksaan, Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 39A(1)Akta Dadah Berbahaya 1957," katanya.

Sebelum itu tular video berdurasi dua minit 24 saat memaparkan tiga individu memecah masuk sebuah rumah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!