Keluarga Najib kesal ada pihak cuba sembunyikan Titah Adendum
PUTRAJAYA - Keluarga Datuk Seri Najib Tun Razak, mendedahkan ada pihak tertentu yang cuba menyembunyikan Titah Adendum bagi membolehkan mantan Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara di rumah.
Anak sulung nya, Datuk Muhammad Nizar berkata beliau dan keluarganya berasa kesal kerana perkara itu menyebabkan Sultan Pahang sendiri terpaksa mengeluarkan kenyataan rasmi bagi mengesahkan mengenai kesahihan kewujudan Titah Adendum.
Menurutnya, keputusan berkenaan juga mendedahkan bahawa memang terdapat bukti sahih dan benar mengenai kewujudannya Titah Adendum berkenaan.
"Maksudnya Titah Adendum ini memang wujud namun kami sekeluarga berasa kesal kerana pertikaian berkenaan menyebabkan Sultan Pahang sendiri terpaksa memerintahkan pejabat baginda mengeluarkan surat pengesahan. Sepatutnya baginda tidak perlu berbuat demikian," katanya ketika ditemui di pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya sebentar tadi.
Terdahulu, Muhammad Nizar berkata, keluarganya berterima kasih kepada Sultan Pahang kerana berkenaan mengeluarkan surat pengesahan mengenai kewujudan Titah Adendum bagi membolehkan bekas Presiden UMNO itu menjalani baki hukuman penjara di rumahnya.
Ujarnya beliau menerima panggil telefon daripada Datuk Pengelola Bijaya DiRaja Datuk Ahmah Khirrizal Ab Rahman kira-kira jam 10.40 malam Sabtu yang menyatakan bahawa Sultan Pahang berkenan mengeluarkan surat pengesahan terbabit.
"Perkara itu menujukkan bahawa isu kewujudan Titah Adendum menjadi terang lagi bersuluh terbabit.
"Justeru itu tiada siapa dapat menyangkal dan mempersoalkan kewujudan Titah Adendum berkenan
"Jadi saya berharap semua penyokong Datuk Seri Najib dapat bersama kerana Insya Allah keputusan muktamad akan diumumkan pada jam 1 tengah hari nanti," katanya kepada penyokong Najib yang setia menunggu di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya sebentar tadi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!