Indonesia pecat Shin Tae-yong berkuat kuasa serta-merta

Tae-yong
Tae-yong
A
A
A

JODOH Shin Tae-yong bersama Indonesia berakhir apabila Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) bertindak menamatkan kontrak pengendali kelahiran Korea Selatan itu.

Pengumuman mengejut itu dibuat PSSI yang memaklumkan Tae-yong dipecat serta-merta daripada tugas selaku pengendali skuad senior Indonesia dan skuad bawah 23 tahun pasukan tersebut.

"PSSI mengumumkan penamatan kontrak Tae-yong sebagai pengendali pasukan utama dan B-23.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan pertimbangan yang panjang serta penilaian dilakukan PSSI dan Jawatankuasa Skuad Kebangsaan terhadap pencapaian dan tujuan jangkan panjang pasukan.

"PSSI berterima kasih dan menghargai semua sumbangan yang telah diberikan bagi pembangunan pasukan bola sepak Indonesia. PSSI berharap yang terbaik untuk Tae-yong di masa depan," kata PSSI dalam satu kenyataan.

Tae-yong dilantik sebagai pengendali Indonesia pada 8 Januari 2020 dan telah memacu pasukan kebangsaan Indonesia meraih 26 kemenangan, 14 seri dan 17 kekalahan dalam 57 perlawanan.

Dia juga mengemudi pasukan di pentas Piala Asia 2023 selain kempen pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 yang masih berlangsung.

Pada Piala ASEAN baru-baru ini, skuad Indonesia dibarisi rata-rata pemain bawah 23 tahun mengakhiri kejohanan tersebut pada peringkat kumpulan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!