Lelaki terjun sungai elak dicekup polis ditemui lemas

Pasukan penyelamat meneruskan pencarian mangsa pada pagi Isnin sebelum menemukan mayatnya kira-kira 80 meter dari lokasi kejadian di jeti Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Seberang Kastam, Kuala Besut.
Pasukan penyelamat meneruskan pencarian mangsa pada pagi Isnin sebelum menemukan mayatnya kira-kira 80 meter dari lokasi kejadian di jeti Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Seberang Kastam, Kuala Besut.
A
A
A

BESUT - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki yang memiliki 10 rekod lampau berkaitan dadah ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjun dari jeti Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Seberang Kastam, Kuala Besut, di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden, Md Sani Md Salleh berkata, mayat mangsa berusia 45 tahun itu dijumpai jam 10.25 pagi kira-kira 80 meter dari lokasi kejadian.

Menurutnya, mangsa dikatakan cuba melarikan diri dengan terjun ke sungai selepas menyedari kehadiran pihak polis ketika Ops Tapis di kawasan itu kira-kira jam 7.45 malam pada Ahad.

"Sebaik menyedari kehadiran polis, lelaki tersebut segera melarikan diri ke atas bot yang diparkir di tepi jeti sebelum terjun ke dalam sungai.

"Orang awam yang berada di lokasi kejadian kejadian cuba membantu mangsa malangnya tidak berjaya," katanya di sini, pada Isnin.

Usaha mengesan mangsa dilakukan oleh pasukan penyelamat.
Usaha mengesan mangsa dilakukan oleh pasukan penyelamat.

Beliau berkata, operasi pencarian mangsa diaktifkan jam 8.30 malam hari yang sama sebelum dihentikan jam 11 malam atas faktor keselamatan.

Ujarnya, operasi kembali diteruskan jam 8 pagi pada Isnin sebelum menemukan mayat mangsa.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat lemas dan mayatnya dinaikkan di Jeti Taman Laut Besut sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk tindakan lanjut.

"Proses pengecaman telah dilakukan oleh waris mangsa bagi mengesahkan butiran peribadinya," katanya.

Jelas beliau, operasi SAR mangsa dihentikan jam 11 pagi tadi.

"Operasi dijalankan secara bersepadu dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM ) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)," tambah beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!