MBSA PBT pertama peroleh sijil pematuhan syariah

MBSA menjadi PBT pertama di Malaysia yang berjaya memperoleh Sijil Pematuhan Syariah Ke Atas Organisasi melalui saringan Penyata Kewangan bagi tahun 2023.
MBSA menjadi PBT pertama di Malaysia yang berjaya memperoleh Sijil Pematuhan Syariah Ke Atas Organisasi melalui saringan Penyata Kewangan bagi tahun 2023.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Malaysia yang berjaya memperoleh Sijil Pematuhan Syariah Ke Atas Organisasi melalui saringan Penyata Kewangan bagi tahun 2023.

MBSA dalam satu kenyataan berkata, saringan tersebut dilaksanakan oleh Salihin Shariah Advisory Sdn Bhd, penasihat syariah yang berkelayakan dan berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

“Skop pemeriksaan pensijilan syariah ini telah meliputi saringan seperti perkhidmatan, nisbah kewangan, aspek etika dan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Pengiktirafan ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan pemegang taruh MBSA berkaitan sumber pendapatan dan perbelanjaan yang telah dilaksanakan sepanjang 2023,” katanya pada Isnin.

Mengulas lanjut, menurut MBSA, pengiktirafan tersebut merupakan kejayaan membanggakan malah ia membuktikan usaha organisasi itu dalam melaksanakan prinsip syariah dalam semua aspek.

Tambahnya, menerusi kejayaan tersebut MBSA akan terus mengekalkan hala tuju sebagai organisasi yang bertanggungjawab dalam tadbir urus, sosial dan persekitaran selaras dengan konsep Maqasid Syariah.

“Pengiktirafan ini merupakan kejayaan yang membanggakan dan menunjukkan usaha berterusan MBSA bagi memastikan pelaksanaan prinsip syariah dalam pelbagai aspek seperti kewangan, pengurusan sumber, pentadbiran dan perkhidmatan kepada masyarakat,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!