Guru, murid cemas sekolah terbakar

Kebakaran turut melibatkan sebuah makmal sains, stor peralatan dan kerosakan di bahagian kantin.
Kebakaran turut melibatkan sebuah makmal sains, stor peralatan dan kerosakan di bahagian kantin.
A
A
A

MANJUNG - [DIKEMAS KINI] Seramai 32 murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Ayer Tawar di sini berdepan detik cemas apabila bangunan sekolah tersebut terbakar dalam kejadian pada Isnin.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar jam 11.52 pagi melibatkan tiga bilik darjah, sebuah makmal sains, stor peralatan dan kantin.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa membabitkan guru, murid atau petugas sekolah selepas masing-masing berjaya menyelamatkan diri.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, semasa kejadian hanya terdapat beberapa guru dan murid berada di sekolah tersebut.

Operasi pemadaman dilakukan menggunakan konsep 'receo' bersumberkan air dari tangki jentera sehingga api dipadamkan sepenuhnya.
Operasi pemadaman dilakukan menggunakan konsep 'receo' bersumberkan air dari tangki jentera sehingga api dipadamkan sepenuhnya.

"Tiada mangsa yang mengalami kecederaan dalam kejadian ini.

"Selain tiga bilik darjah, kebakaran turut melibatkan sebuah makmal sains, stor peralatan dan kerosakan di bahagian kantin dengan kemusnahan 70 peratus," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati, keadaan api tidak marak dan berada dalam keadaan terkawal.

Artikel Berkaitan:

Katanya, operasi pemadaman kemudiannya dilakukan menggunakan konsep 'receo' bersumberkan air dari tangki jentera sehingga api dipadamkan sepenuhnya.

"Operasi melibatkan 26 anggota ini turut dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan serta Pasukan Bomba Sukarela Ayer Tawar, Pantai Remis dan Bomba Komuniti Manjung," katanya.


Litar pintas punca kebakaran SJKT Ladang Ayer Tawar

MANJUNG - Litar pintas disyaki menjadi punca kebakaran Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Ayer Tawar di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, siasatan awal mendapati, pendawaian elektrik yang usang telah menyebabkan litar pintas dan kebakaran berlaku.

"Kita dapati sistem pendawaian di sekolah tersebut sudah lama dan kemungkinan telah berlaku litar pintas yang disyaki dari bahagian bilik stor peralatan sekolah," katanya ketika dihubungi pemberita pada Isnin.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar jam 11.52 pagi melibatkan tiga bilik darjah, sebuah makmal sains, stor peralatan dan kantin.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa membabitkan guru, murid atau petugas sekolah selepas masing-masing berjaya menyelamatkan diri.

Mengulas lanjut Hasbullah berkata, kebakaran berlaku di blok A dan ketika kejadian terdapat 16 murid dan empat guru berada dalam bilik darjah bangunan tersebut.

"Tiada mangsa cedera atau mengalami sesak nafas dalam kejadian ini.

"Tindakan pantas telah diambil guru dengan mengumpulkan semua pelajar di tempat selamat di padang sekolah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!