'Pelawak terlibat kes dadah, jangan pukul rata' - Afdlin Shauki

Afdlin Shauki berpendapat, tidak adil menghukum anak seni terutama pelawak hanya kerana kesilapan segelintir individu.
Afdlin Shauki berpendapat, tidak adil menghukum anak seni terutama pelawak hanya kerana kesilapan segelintir individu.
A
A
A

BERITA penahanan dua pelawak tanah air akibat kes penggunaan barang terlarang atau dadah baru-baru ini telah menarik perhatian ramai.

Ia sekali gus membuatkan warga maya memilih untuk memukul rata bahawa rata-rata penggiat industri seni terlibat dengan najis dadah.

Tidak bersetuju dengan tanggapan itu, penerbit, pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki berpendapat, tidak adil menghukum anak seni terutama pelawak hanya kerana kesilapan segelintir individu.

"Dahulu dadah dikaitkan dengan penyanyi sebab pada ketika itu penyanyi lebih popular. Bagi saya, dadah ini adalah masalah semula lapisan masyarakat, bukan penyanyi atau pelawak sahaja.

"Ada sahaja individu yang bergelar ahli politik juga terlibat dengan dadah. Ada juga ahli perniagaan terlibat dengan dadah.

"Dadah ini adalah masalah individu dan bukannya salah kerjayanya. Jadi jangan pukul sama rata," katanya.

Afdlin Shauki
Afdlin Shauki

Afdlin berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran siri lakonannya, Din Tiger di Bukit Jalil baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Tambah pemilik nama penuh Afdlin Shauki Aksan, 53, ramai lagi pelawak yang bekerja keras demi keluarga tanpa membabitkan barang terlarang itu.

Namun dalam masa sama, tidak adil untuk sesiapa sahaja menjatuhkan hukum tanpa memahami situasi sebenar.

"Kita tak tahu apa yang mereka lalui. Jangan terus melulu menghentam.

"Lebih baik kita mendoakan supaya mereka yang terlibat dapat berubah, memperbaiki diri, dan menerima keadilan yang sewajarnya,” ujarnya yang tidak menafikan kes-kes seperti ini memberi imej buruk kepada industri seni tempatan.

Baru baru ini, kecoh apabila seorang lagi pelawak popular ditahan dan dijatuhkan hukuman penjara enam bulan di Jeddah kerana atas kesalahan memiliki dadah jenis ganja ketika dalam perjalanan menunaikan umrah.

Bukan itu sahaja, pelawak Along Cham juga ditahan atas tuduhan memiliki ganja. Bagaimanapun bapa kepada seorang anak itu mengaku tidak bersalah dan masih menunggu tarikh perbicaraan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!