The Brutalist, Emilia Perez dinobat Filem Terbaik Golden Globe 82

Barisan pelakon Emilia Perez.
Barisan pelakon Emilia Perez.
A
A
A

LOS ANGELES - "The Brutalist," kisah seorang mangsa Holocaust yang mengejar impian Amerika dan thriller muzikal "Emilia Perez" dinobatkan sebagai Filem Terbaik bagi kategori drama dan muzikal Anugerah Golden Globe ke-82 yang berlangsung di Beverly Hills, California pada pagi Isnin (waktu Malaysia).

Karya arahan Brady Corbet tersebut berjaya menewaskan lima calon filem lain iaitu A Complete Unknown, Conclave, Dune: Part Two, Nickel Boys dan September 5.

Tidak hanya itu, The Brutalist turut membawa pulang dua trofi lain iaitu Pengarah Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik yang dimenangi Adrien Brody.

Brody turut berterima kasih kepada Brady kerana memilihnya menjadi sebahagian daripada produksi karya berkenaan.

Adrien Brody berterima kasih kepada pengarah filem itu.
Adrien Brody berterima kasih kepada pengarah filem itu.

"Saya sangat bersyukur. Saya akan menghargai detik ini selama-lamanya. Terima kasih buat Brady kerana membenarkan saya menjadi sebahagian kecil dalam membina kejayaan dan monumen kemanusiaan dalam bidang seni ini.

"Kepada pelakon dan kesemua krew yang terlibat, ini adalah usaha kolaboratif, dan kemenangan ini saya berkongsi dengan anda semua," katanya di atas pentas.

Brody menewaskan Timothée Chalamet menerusi filem A Complete Unknown, Daniel Craig (Queer), Colman Domingo (Sing Sing), Ralph Fiennes (Conclave) dan Sebastian Stan (The Apprentice).

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, karya mengangkat kecekalan wanita, Emilia Perez arahan Jacques Audiard pula menepati ramalan ramai apabila mengungguli kategori muzikal atau komedi dalam acara yang berlangsung di Hotel Beverly Hilton itu.

Pengarah The Brutalist Brady Corbet bersama barisan pelakonnya.
Pengarah The Brutalist Brady Corbet bersama barisan pelakonnya.

Filem terbitan Netflix itu berjaya menarik perhatian ramai biarpun menggunakan bahasa Sepanyol dan turut membawa pulang empat trofi bagi kategori Filem Terbaik (Muzikal atau Komedi), Filem Terbaik (Bukan Bahasa Inggeris), Pelakon Pembantu Wanita Filem Terbaik dan Lagu Asal Terbaik.

Salah seorang pelakonnya, Zoe Saldana kelihatan terharu apabila dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Filem Terbaik dilihat menangis kegembiraan apabila memenangi Anugerah Golden Globe pertamanya.

Zoe menewaskan Selena Gomez (Emilia Pérez), Ariana Grande (Wicked), Felicity Jones (The Brutalist), Margaret Qualley (The Substance), dan Isabella Rossellini (Conclave) atas keberkesanannya memainkan watak seorang peguam yang membantu raja dadah Mexico memulakan kehidupan baharu dan beralih kepada seorang wanita dalam Emilia Perez.

"Hati saya penuh dengan rasa terima kasih kepada Golden Globes kerana meraikan filem kami," kata Saldana di atas pentas sambil menangis dan mengucapkan terima kasih kepada pelakon dan pengarah filem itu.

Demi Moore bersama anugerah pertamanya.
Demi Moore bersama anugerah pertamanya.

Sama seperti Saldana yang memenangi anugerah pertama, aktres Demi Moore turut membawa pulang trofi Golden Globe pertamanya menerusi kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem (Muzikal atau Komedi) menerusi The Substance.

"Saya telah melakukan ini sejak sekian lama, lebih 45 tahun. Ini adalah kali pertama saya memenangi apa-apa sebagai pelakon," katanya.

Bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem (Drama), aktres Fernanda Torres terkejut selepas namanya diangkat sebagai pemenang selepas lakonan yang cemerlang menerusi I’m Still Here.

Penerima penghormatan Globe telah dipilih oleh 334 wartawan hiburan dari 85 negara, berbanding kira-kira 9,000 pengundi yang memilih Anugerah Akademi.

Badan pengundian Globe telah diperluaskan dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan penganjur memulakan pembaharuan selepas dikritik kerana kelemahan etika dan kekurangan kepelbagaian.

Memenangi Globe boleh menyerlahkan filem dan persembahan menjelang Anugerah Akademi pada bulan Mac.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!