Okagi Hayashi dinobat wanita tertua di Jepun berusia 115 tahun

Okagi Hayashi
Okagi Hayashi
A
A
A

TOKYO - Okagi Hayashi, seorang wanita berusia 115 tahun dari Wilayah Gifu di tengah Jepun, dinobatkan sebagai individu tertua di negara itu susulan kematian pemegang gelaran sebelumnya baru-baru ini, lapor Xinhua.

Lahir pada 2 September 1909, Hayashi menjadi individu tertua yang masih hidup di Jepun selepas Tomiko Itooka, yang hidup sehingga usia 116 tahun, meninggal dunia akibat sakit tua pada 29 Disember di sebuah rumah penjagaan di Ashiya, Wilayah Hyogo, menurut Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan.

Itooka diiktiraf sebagai individu tertua di dunia pada masa kematiannya. - Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!