Budak nyaris lemas, mujur sempat paut tong

Kumpulan kanak-kanak yang mandi di Pantai Pantai Gorongon, Putatan, ditemui pasukan bomba.
Kumpulan kanak-kanak yang mandi di Pantai Pantai Gorongon, Putatan, ditemui pasukan bomba.
A
A
A

PUTATAN - Seorang kanak-kanak sempat berpaut pada tong ketika diselamatkan orang ramai selepas dilihat hampir lemas dibawa arus semasa mandi bersama sekumpulan rakannya di Pantai Gorongon, di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun tersebut berjaya dibawa ke pesisir pantai dengan selamat sebelum pasukan bomba tiba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, Noorsherriyana Bohari berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.13 petang.

Katanya, seramai 12 anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh empat kilometer dari BBP Putatan.

"Ketika kejadian mangsa bersama lima lagi rakannya mandi di pantai tersebut namun mangsa dibawa arus ombak ke kawasan dalam.

"Rakan mangsa cuba untuk membantu menarik tangannya tetapi gagal seterusnya mereka meminta bantuan orang ramai di kawasan berhampiran dan terdapat empat lelaki dewasa bergegas membantu dengan berenang ke arah mangsa yang hanyut oleh arus.

"Mangsa ketika itu sudah berada sejauh 50 meter dari lokasi kejadian dan dia sempat berpaut pada tong semasa hanyut lalu diselamatkan oleh orang awam dan seterusnya di bawa naik ke pesisir pantai dengan selamat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Katanya lagi, pasukan bomba yang tiba kemudian bertindak membuat pemeriksaan di lokasi dan mangsa tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan 5.43 petang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!