Pemuda Amanah Johor buat laporan polis terhadap Ahmad Fadhli
06 Januari 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor membuat laporan polis terhadap Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Saari berhubung kenyataan kontroversi yang dimuat naik di Facebooknya, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Johor, Abdul Razak Ismail berkata, kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas terbabit didakwa sebagai menghasut dan boleh menimbulkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong.
#SinarHarian #BeritaSemasa #laporanpolis #PartiAmanah