Tiga mangsa sindiket di Laos dibenar pulang tanpa bayar tebusan - Aktivis
SHAH ALAM - Tiga rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Zon Ekonomi Khas Segi Tiga Emas (GTSEZ) di Laos berjaya dibawa pulang ke tanah air.
Perkara itu dikongsikan aktivis Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Azirul Syafiq Sazali menerusi hantaran di TikTok miliknya pada Isnin.
Menerusi video berdurasi enam minit 27 saat itu, Azirul Syafiq dilihat berunding dengan ketua sindiket yang didakwa dari China dalam suasana tegang menerusi panggilan video untuk menyelamat kesemua mangsa terbabit.
Berdasarkan muat naik yang dikongsikan itu, lelaki berkenaan menghantar wakil penterjemah untuk berunding dengan sindiket yang meminta wang tebusan sebanyak 80,000 yuan (kira-kira RM40,000) bagi melepaskan ketiga-tiga mangsa.
"Tiga mangsa (berjaya diselamatkan) yang saya jenuh bergaduh (dengan ketua sindiket) baru-baru ini akhirnya semua telah pun dibenarkan pulang dan company (syarikat) telah setuju serahkan pasport tanpa bayaran satu sen pun daripada 80,000 yuan yang dia hendak.
"Sekarang ini kita berada di jeti GTSEZ untuk naik bot dan kita akan pulang. Kepada mana-mana company (sindiket) jangan main-main dengan orang Malaysia kerana kalau kamu ambil orang Malaysia kamu akan rugi. Kamu bayar mereka tapi akhirnya (kita) bawa balik free (tanpa bayaran)," katanya.
Sebelum itu, tiga mangsa sindiket di Laos dibenarkan pulang tanpan bayaran satu sen - aktivisdilihat berkeras untuk tidak membayar kepada sindiket berkenaan dan meminta berjumpa dengan dirinya terlebih dahulu sekiranya ingin mendapatkan bayaran.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!