Bunuh isteri kerana enggan dipeluk

Isteri suspek maut dalam kejadian pada Sabtu lalu. Foto Agensi
Isteri suspek maut dalam kejadian pada Sabtu lalu. Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Seorang lelaki dari Kabupaten Kepulauan Tanimbar, Maluku, hilang pertimbangan apabila tergamak menikam isterinya sehingga maut hanya kerana mangsa enggan dipeluk.

Kejadian berlaku pada Rabu lalu, sekitar jam 7 malam waktu tempatan di Dusun Wesawak, Desa Persiapan IIngei Barat, Kecamatan Tanimbar Selatan.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kepulauan Tanimbar, AKP Handry Dwi Azhari, mengesahkan kejadian berkenaan serta memaklumkan bahawa suspek sudah ditahan.

Suspek kini terancam hukuman penjara maksimum 15 tahun. Foto Agensi
Suspek kini terancam hukuman penjara maksimum 15 tahun. Foto Agensi

"Saat ini suspek sudah ditangkap oleh pasukan polis Kepulauan Tanimbar, susulan itu dia akan didakwa," katanya kepada wartawan pada Sabtu lalu.

Katanya, kejadian tikaman bermula selepas mangsa enggan dipeluk kerana suspek berada dalam keadaan mabuk.

"Tolakan itu menyebabkan suspek mengambil sebilah parang dan menikam mangsa di beberapa bahagian antaranya di bahu.

"Mangsa cuba melarikan diri bagaimanapun tidak berdaya hinggalah dilaporkan meninggal dunia," tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Suspek kini berhadapan hukuman penjara maksimum 15 tahun. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!