'Lebih sudu daripada kuah' atau 'kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu'

Perkara kecil menjadi besar dan banyak dipercakapkan orang terutamanya di media sosial. Gambar hiasan
Perkara kecil menjadi besar dan banyak dipercakapkan orang terutamanya di media sosial. Gambar hiasan
A
A
A

SEHINGGA kini Merak Jalanan kagum dengan kehebatan bahasa kebangsaan kita yang memainkan peranan besar sebagai bahasa perantara di rantau Nusantara, menjadikannya salah satu bahasa yang paling banyak digunakan di dunia ini.

Paling menarik minat Merak Jalanan ialah peribahasa - suatu susunan kata dalam bentuk kiasan dan berlapik yang mempunyai pengertian tersirat.

Contohnya, lebih sudu daripada kuah yang membawa maksud orang yang mengada-ngada atau berlebihan sikapnya.

Dalam kehidupan sekeliling kita pasti wujud orang yang tergolong dalam kategori lebih sudu daripada kuah.

Misalnya, ketua jabatan yang masih dalam tempoh percubaan lebih 'bossy' mengarahkan anak buah berbanding pemilik syarikat yang bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk.

Sama juga dengan parti A yang sibuk dengan hal dalaman parti B sedangkan parti B tenang-tenang sahaja menghadapi krisis yang melanda parti mereka.

Banyak lagi contoh yang boleh dikaitkan dengan peribahasa itu berlaku sejak dulu lagi dan terus berlaku sehingga kini.

Peribahasa kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu pula bermaksud perkara kecil menjadi besar banyak dipercakapkan orang atau pengetahuan sedikit tetapi terlalu besar cakapnya.

Menghayati maksudnya, pasti kita dapat melihat situasi itu banyak berlaku tambahan pula apabila semuanya boleh diketahui dengan pantas di media sosial.

Perkara yang remeh-temeh menjadi topik dibincangkan seolah-olah ia adalah perkara yang penting untuk diketahui satu dunia.

Artikel Berkaitan:

Paling menjengkelkan, sikap sesetengah orang yang rendah ilmunya tapi hendak bercakap semua perkara seolah-olah arif atau mempunyai kepakaran dalam bidang dibincangkan itu.

Kesimpulannya, kita perbaiki diri masing-masing agar tidak tergolong dalam kategori peribahasa yang maksudnya negatif untuk sikap kita.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!