Peniaga sorok minyak peket dalam stor, enggan jual kepada pengguna

Anggota KPDN melakukan pemeriksaan di sebuah kedai runcit di Halaman Pasar, Taiping susulan aduan pemilik premis enggan menjual minyak masak peket 1kg.
Anggota KPDN melakukan pemeriksaan di sebuah kedai runcit di Halaman Pasar, Taiping susulan aduan pemilik premis enggan menjual minyak masak peket 1kg.
A
A
A

TAIPING - Sebanyak 303 kilogram (kg) minyak masak peket dikesan disorokkan dalam stor penyimpanan sebuah kedai runcit di Halaman Pasar di sini.

Taktik tersebut terbongkar hasil siasatan dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Taiping dalam Op Samar pada Isnin hasil maklumat orang awam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, dalam operasi sekitar jam 1 tengah hari itu, satu tindakan uji beli dilaksanakan dan hasilnya pekerja premis memaklumkan bahawa minyak masak peket telah habis dijual.

Menurutnya, curiga dengan jawapan tersebut, satu pemeriksaan lanjut dilakukan sebelum menemui sejumlah kotak berisi minyak masak peket yang tersimpan dalam stor dan sebahagiannya di kaunter bayaran premis.

Kesemua 303kg minyak masak yang ditemui dianggarkan berjumlah RM757.50 telah disita bagi siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Kesemua 303kg minyak masak yang ditemui dianggarkan berjumlah RM757.50 telah disita bagi siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Hasil siasatan kita dapati, pemilik premis ini secara palsu menafikan bahawa dia mempunyai barang kawalan berjadual iaitu minyak masak peket 1kg dalam milikannya.

"Kesemua 303kg minyak masak tersebut dianggarkan berjumlah RM757.50 telah disita bagi siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata, KPDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam aktiviti atau sindiket penyelewengan barang-barang kawalan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, KPDN akan terus melaksanakan aktiviti penguatkuasaan mencegah penyelewengan barang kawalan, mengekang penipuan perniagaan dalam talian (edagang), membanteras monopoli dan kewujudan kartel.

"Kita akan memastikan tindakan lebih tegas dikenakan termasuklah pendakwaan di mahkamah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!