Castro, Dr Mahathir peneraju hubungan diplomatik yang teguh

KUALA LUMPUR, Feb 13 -- Deputy Water, Land and Natural Resources Minister Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (right) having a light moment with Cuban Ambassador to Malaysia Ibete Fern‡ndez Hern‡ndez (left) during the 61st Anniversary of the Cuban Revolution and 45th Anniversary of Bilateral Relations of Cuba-Malaysia tonight.
--fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED
KUALA LUMPUR, Feb 13 -- Deputy Water, Land and Natural Resources Minister Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (right) having a light moment with Cuban Ambassador to Malaysia Ibete Fern‡ndez Hern‡ndez (left) during the 61st Anniversary of the Cuban Revolution and 45th Anniversary of Bilateral Relations of Cuba-Malaysia tonight. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden Cuba Fidel Castro dan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, dua pemimpin berwibawa, membina hubungan diplomatik yang teguh, membolehkan kedua-dua negara saling menghormati dan bekerjasama meskipun berbeza sistem politik.

Duta Cuba ke Malaysia, Ibete Fernández Hernandez berkata, pertukaran delegasi dan perjanjian yang dimeterai semasa kunjungan pelbagai peringkat pemimpin terus memacu hubungan ke arah lebih kukuh.

"Dengan kebijaksanaan dan pandangan mereka (Castro dan Dr Mahathir) menjadikan dua negara yang mempunyai sistem politik berbeza, menghormati satu sama lain dan bekerjasama dengan harmoni," katanya semasa berucap pada sambutan ulang tahun ke-61 Revolusi Cuba dan hubungan diplomatik ke-45 antara Havana dan Kuala Lumpur di sini baru-baru ini,

Beliau berkata, hubungan terjalin dalam pelbagai bidang - seperti perdagangan, sains, bioteknologi, sukan, pendidikan, perubatan dan budaya - berkembang selama 45 tahun hubungan dua hala antara Havana dan Kuala Lumpur.

"Malaysia dan Cuba telah menunjukkan koordinasi dan kebersamaan dalam forum antarabangsa, bukan sahaja untuk isu multilateral malah isu dua hala dan isu yang menggugat dunia," katanya.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

Hubungan diplomatik Cuba dan Malaysia bermula pada 6 Februari 1975 - ketika perbezaan ideologi Perang Dingin - sejak itu ia terus berkembang dalam pelbagai bidang - politik, ekonomi, perubatan, pendidikan, bioteknologi, sukan dan hubungan rakyat dengan rakyat.

Negara pulau Caribbean itu membuka kedutaannya di Kuala Lumpur pada 1997, diikuti Malaysia membuka kedutaan di Havana pada Februari 2001.

Artikel Berkaitan:

Hernandez berkata hubungan rakyat dengan rakyat juga memberi impak besar dan dalam hubungan kedua-dua negara dan tahun 2019 antara tahun paling dahsyat buat Cuba apabila Amerika Syarikat mengenakan semula sekatan.

"Sekatan itu sama sekali tidak menghalang Cuba untuk terus bergerak ke hadapan, mengatasi rintangan, mengubah apa yang perlu untuk terus menikmati kedaulatan dan berjuang untuk pembebasan mereka," katanya.

Mengulas mengenai wabak Covid-19, Hernandez berkata, satu daripada antivirus yang digunakan untuk memerangi virus maut itu dihasilkan Cuba dan berharap China mampu mengharungi cabaran yang dicetuskan wabak tersebut. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!