Remaja perempuan hilang ditemui selamat

Nurul Fateha Nabila yang dilaporkan hilang sejak 29 Disember lalu telah ditemui selamat.
Nurul Fateha Nabila yang dilaporkan hilang sejak 29 Disember lalu telah ditemui selamat.
A
A
A

SEPANG - Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak 29 Disember lalu telah ditemui dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, Nurul Fateha Nabila Mohd Zailani ditemukan pihak polis di sebuah restoran di Batu 9 Cheras, dekat sini pada jam 11.15 malam, Isnin.

"Remaja perempuan ini dijumpai dalam keadaan baik dan selamat.

"Dia telah diserahkan kepada ibu bapanya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Norhizam berkata, sepanjang tempoh kehilangan, remaja tersebut telah bermalam di rumah kawannya.

"Pihak polis mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama dan maklumat yang disalurkan sehingga remaja ini dijumpai semula," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan polis menerima laporan berhubung kehilangan remaja terbabit yang dibuat ibu saudaranya pada 31 Disember lalu.

Dilaporkan, remaja terbabit menetap di Kampung Sungai Merab Luar, Kajang di Selangor bersama ibu saudaranya sejak Februari tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Sebelum menghilangkan diri, remaja itu telah berkurung dalam bilik rumah kerana perselisihan faham keluarga.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!