'Sebagai anak Zahid, sangat bersyukur ALLAH kabulkan doa kami' - Nurulhidayah

Gambar Nurulhidayah ketika hadir mengikuti sesi pendengaran permohonan rayuan semakan kehakiman Najib berkaitan Titah Adendum, di Istana Kehakiman pada Isnin.
Gambar Nurulhidayah ketika hadir mengikuti sesi pendengaran permohonan rayuan semakan kehakiman Najib berkaitan Titah Adendum, di Istana Kehakiman pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM – “Kami lebih kuat, lebih lembut, dan lebih berdaya tahan daripada apa yang kamu bayangkan” kata anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

Menerusi catatan terbaharu di akaun Instagramnya, Nurulhidayah tampil dengan kenyataan tegas membela ayahnya yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada kecaman berhubung isu Titah Adendum melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ramai mengata Zahid Hamidi menipu pasal Adendum. Sebagai anak kita diam. Balas bila perlu dan yang berkenaan sahaja. Bukan semua benda perlu dikongsi.

"Mereka yang berkenaan, hanya memilih untuk dengar apa yang mereka nak dengar sahaja dan cuma faham apa yang mereka nak faham, bukan apa yang mereka perlu faham,” ujarnya.

Jelasnya meskipun penat, beliau tetap yakin ALLAH akan mengkabulkan doa hambanya.

“Masa milik ALLAH bukan milik kita. Lambat atau cepat, pasti pertolongan ALLAH itu akan sampai.

“Untuk hari ini, sebagai anak Zahid sangat bersyukur kerana ALLAH kabulkan doa dari kami yang tepat pada masa untuk dijawab oleh ALLAH.

Beliau dalam pada itu tetap yakin kebenaran itu tetap akan wujud walaupun lambat.

Artikel Berkaitan:

“Anak siapa pun kita, tetaplah berdoa untuk kedua orang tua kita. Doa kita pada mereka, adalah hadiah yang terbaik untuk membalas segala jasa dan pengorbanan mereka. ALLAH maha baik.

“Alhamdulillah untuk hari ini. Semoga ada sinar untuk hari-hari yang bakal mendatang,” katanya

Peguambela Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada Isnin mendedahkan surat daripada Majlis Kesultanan Pahang yang mengesahkan wujudnya Titah Adendum membenarkan bekas Presiden UMNO itu menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Susulan itu, Najib berjaya mendapat kebenaran di Mahkamah Rayuan bagi memulakan prosiding semakan kehakiman mengenai kewujudan Titah Adendum

Terdahulu, Ahmad Zahid telah mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan titah adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!