[VIDEO] Pasangan kekasih didakwa edar 14kg dadah berdepan hukuman mati

A
A
A

JOHOR BAHRU - Pasangan kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedar lebih 14 kilogram (kg) dadah pada Disember lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Cheng Ee Fei, 32, dan teman wanitanya, Chan Pei Een, 34, hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin.

Berdasarkan pertuduhan, mereka berdua didakwa secara bersama mengedar dadah berbahaya jenis MDMA, dengan anggaran berat 14.42kg pada 28 Disember lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di dalam sebuah kereta di tepi Jalan Persiaran Mutiara Mas, Skudai, Johor Bahru pada jam12.30 tengah malam.

Pasangan kekasih berkenaan diiringi polis di mahkamah pada Selasa.
Pasangan kekasih berkenaan diiringi polis di mahkamah pada Selasa.

Dalam prosiding sama, Ee Fei dan Pei Een turut berdepan dua pertuduhan memiliki 24.58 gram dadah ketamin, dan 2.75 gram metaphetamin di lokasi dan waktu yang sama.

Bagaimanapun, pasangan kekasih itu mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan berkenaan.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 39B (1)(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, dibaca bersama Seksyen 39B (2) Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan:

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Latif manakala tertuduh masing-masing tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan ditawarkan kepada kedua-dua tertuduh dan kes disebut semula 7 Mac depan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!